Tuesday, October 7, 2008

Tok Wi Janggut Merah

Tok Wi Janggut Merah atau Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir adalah guru agama sultan perak dan pengasas Madrasah al-Idrisiyah pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975).
Baginda Sultan

4 comments:

H3 said...

calling all followers!!!
sedara mara yg ada di luar sana..marilah menjadi pengikut setia bin-nawawi.blogspot.com ..udah2la tu makan kuih raya..;-)

intan salwani said...

Puasa sebulan, raya pun sebulan agaknya...

Anonymous said...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh,

Saya pernah membaca bahawa Allahyarham Tok Wi Janggut Merah pernah berkhidmat dengan 5 orang Sultan Perak. Kajian saya menunjukkan Sultan2 tersebut adalah:

1. Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887-1916)
2. Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al-Mukhataram Kamadillah Shah (1916-1918)
3. Sultan Iskandar Shah al-Kaddasullah (1918-1938)
4. Sultan Abdul Aziz al-Mustasim Billah Shah (1938-1948)
5. Sultan Yusuf al-Mutawakkil Allaihi Shah (1948-1963)

Daripada:
Cucu Almarhum Sultan Iskandar Shah

Intan Salwani said...

TQ for the info. Will update the info in the blog in future post.